renungan 8
power point kami masih dalam pembikinan(farhana ajar saya). 5 hari saya di ophir. tidak sempat hendak melakukan apa - apa. tetapi maklumat sudah dicari dan diubah. maklumat hanya harus dinaik muatkan ke dalam power point. banyak yang harus dilakukan. gambar - gambar sudah dicari. fail melayu entah di mana. ada di rumah tetapi belum masukkan kertas - kertas kerja dan kerja rumah. bingung saya dibuatnya.
posted at [6:57 PM]
__farnahwee__
Tuesday, February 21, 2006
pada minggu ini, penyelidikan masih dalam proses. fareez tidak hadir ke sekolah. susah hendak buat "storyboard" untuk projek. tinggal lagi 2 atau 3 minggu untuk melaksanakan projek. hari ini ada ca2 untuk POA. esok physics jumaat chemistry. banyak sangat yang hendak dilakukan. blog kumpulan saya rasa sudah tidak bernyawa. saya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk blog kumpulan.
posted at [4:15 PM]
__farnahwee__
Tuesday, February 14, 2006
kami masih dalam proses melaksanakan projek budaya kami. kami juga telah memberikan comment tentang hari kekasih. mengikut ajaran islam, kami sebagai umat islam tikda harus menyambutnya. tetapi pada pendapat saya, tidak salah jika kita mahu memberikan sesuatu kepada seseorang yang kita sayangi. kita tidak perlu menunggu untuk hari kekasih untuk menunjukan kasih sayang atau memberikan hadiah untuk seseorang yang kita sayangi. pada hari itu, saya cuma keluar bersama saudara saya dan rakan - rakan.
posted at [4:44 PM]
__farnahwee__
Thursday, February 09, 2006
pada minggu ini kami telah ditugaskan untuk membincang tentang powerpoint kami iatu projek budaya. kami belum membuat apa - apa kerana kertas dan fail ada dengan fareez dan dia tidak hadir ke sekolah. SAYA DIPILH UNTUK KE SARAWAK!! weee.. farhanah suzaina iffah faris ashidah shuhada dan lain - lain lagi. kami akan ke sana pada bulan mei. saya amat simpati terhadap yasirah kerana dia tidak dipilih. mungkin kerana dia baik. hahaha.
kertas peperiksaan melayu ca1 sangat susah. saya cuma mendapat 18/30. sangat menghampakan.
posted at [4:29 PM]
__farnahwee__
Sunday, February 05, 2006
renungan 3
Saya telah mempelajari bagaimana untuk menulis surat kiriman rasmi dengan baik. catatan sudah pun dinaik muatkan ke blog kumpulan. kami masih mencari maklumat dan gambar untuk projek ini. keras kerja kami pun sedang dibaiki. kami telah ditugaskan menulis sepucuk surat rasmi kepada pengurus orginasasi pusat budaya untuk mengucapkan terima kasih. ia cuma satu latihan bagi kami sekelas. saya tidak mempunyai sebarang idea untuk menulis surat itu. pada hari selasa kami akan menduduki peperiksaan melayu. sampai di sini.
posted at [6:56 PM]
__farnahwee__
Thursday, January 19, 2006
HeLLO
HELLO!!
RENUNGAN 2
190106
Untuk aktiviti yang lalu, di makmal komputer, saya dan kumpulan saya telah menjalankan penyelidikan tentang permainan tradisonal Melayu. Melalui aktiviti tersebut saya telah mendapat sedikit maklumat tentang asal - usul permainan tardisional Melayu, cara - cara ia dimainkan dan alat yang diperlukan dalam permainan itu. Maklumat - maklumat tersebut diperlukan untuk projek kami iatu projek budaya. Kami melungsuuri beberapa lelaman untuk medapatkan maklumat yang diperlukan. Kami memilih topik permainan tradisional kerana mahu tahu dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional Melayu. Saya juga telah mencari beberapa gambar untuk projek Melayu ini. Saya harap selepas penyelidikan ini, saya akan dapat tahu dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional masyarakat Melayu.
RENUNGAN 1
Pada aktiviti yang lalu di makmal komputer, saya dan kumpulan saya telah menjalankan penyelidikan tentang permainan tradisional Melayu. Setelah melakukan penyelidikan tentang beberapa permainan tradisional, saya dapat tahu tentang asal - usul permainan, cara - cara bermain dan apa yang diperlukan untuk permainan itu. Maklumat - maklumat tersebut diperlukan untuk projek kami iatu projek budaya. Kami melungsuri beberapa lelaman untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kami memilih topik permainan tradisional kerana mahu tahu lebih tentang permainan - permainan tradisional. Saya juga telah mencari beberapa gambar untuk projek budaya ini. Saya harap selepas penyelidikan ini, saya daoat tahu lebih tentang permainan tradisional.
posted at [4:41 PM]
__farnahwee__